BAGAN SERAI- seorang adik lelaki mangsa terjumpa mayat kakaknya yg sedang tergantung dalam keadaan melutut ketika hendak menjenguk bilik kakaknya melalui tingkap kerana curiga akan kakaknya tidak keluar dari bilik sejak pagi sehingga jam 4.20 petang hari tersebut.
kejadian yang memilukan ini terjadi di Kampung Matang Pasir , Alur Pongsu ,Perak.
lagi menyayat hati apabila sumber diberitahu yg ibu bapa mangsa ini baru sahaja kehilangan seorang anak lelaki yg dihempap traktor.
Adik mangsa hanya mahu dikenali sebagai shai,13, sedang membaiki motosikal milik ayahnya di garaj rumah ,manakala mangsa dan abang sulungnya berada didalam rumah ketika itu. Menurutnya beliau mendengar bunyi radio dari bilik mangsa ketika itu dan tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerjanya di luar.
“Bagaimanapun, saya hairan kakak langsung tidak keluar dari bilik sejak pagi semalam.
“Jadi, saya menjenguk bilik tidur kakak melalui tingkap dan terkejut melihat dia tergantung dalam keadaan melutut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari tersebut.
Dia terkejut , lalu terus memanggil teman lelaki mangsa yg tinggal selang beberapa buah rumah sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.
“Arwah kakak baik dan bertanggungjawab terhadap adik beradik serta rapat dengan saya. Bagaimanapun sebelum kejadian kakak sering mengadu tertekan.
“Saya juga diberitahu kakak sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan teman lelakinya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah khianat ke atas mangsa dan keputusan akan diketahui selepas siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.


0 comments:
Post a Comment