Kejadian berlaku apabila seorang rakan kepada mangsa rogol, telah meminta mangsa untuk mengambilnya di Ketereh.Mangsa kemudiannya menghubungi seorang rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh.Selepas mengambil rakan mangsa, rakan lelaki mangsa membawa kedua-dua mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.
Selepas itu, dikatakan lebih 30 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mereka secara bergilir-gilir.Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit di bahagian kemaluannya.Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas diberitahu mengenai kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment