“Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.
“Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.
“Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham ‘bahagian mana’ pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang. Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal ‘bahagian itu’, saya jadi rimas! Muak!
“Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nordin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat,” katanya.
beliau pernah berkerja sebagai pramugari di syarikat AirAsia itu telah mendakwa ramai lagi selebriti wanita yg lain telah melakukan pembedahan komestik terhadap tubuh badan tetapi hanya dia sahaja menjadi buah mulut orang.
p/s memang la jadi perhatian kak oii... dah pakai baju mcm tu.. serba tak kena orang zaman sekarang ni.. sedia Alia tengok
0 comments:
Post a Comment